I feel like leaving lolita until I graduate. Bukan apa, sejak aku minat lolita ni aku mempunyai ilusi yang aku 'cukup kaya' untuk beli baju-baju yang ratus-ratus tu (walaupun baju aku yang mencecah harga ratus hanya 2 - one Bodyline blouse and one Baby JSK, but still, you get my point). Disebabkan aku minat benda ni la aku sanggup melanggar rule Jangan Lebih RM50 tu. Dan disebabkan aku minat benda ni, minat aku terhadap fesyen2 lain makin lama makin accumulate, menyebabkan aku melakukan compulsive buying setiap kali pergi shopping complex. Tambah lagi dengan shoes addiction la, accessories addiction la hape la, memang banyak duit aku dah buang. Kalau mak bapak aku kaya takpe la, ini cukup-cukup je. Aku pulak shopping macam la bapak aku CEO syarikat. Agaknya kalau aku simpan duit dari awal, beli baju dan kasut setahun 2 kali, tak beli barang-barang lolita bagai tu, aku dah boleh simpan cukup duit untuk bayar yuran Toroa. Sekarang ni dah sempit baru nak mengomel salahkan JPA la, salahkan Otago la. Padahal memang salah aku sendiri. Yelah, salah sendiri sebab walaupun JPA tak bagitau awal-awal yang diorang memang tak bagi duit for that, aku patutnya aware yang study overseas ni memerlukan duit yang banyak. Memanglah aku ade save duit scholarship (target konon RM1000 satu sem- habuk la RM1000), tapi tu pun dah habis buat bayar deposit Toroa dah - maknanya sikit la savings aku. Reluctant2 beli barang pun tak boleh save duit eh, pelik betul. Benda2 style2 ni tak penting pun - orang lain tak stylish pun boleh je berjaya dalam hidup. Memanglah tak salah beli baju bergaya, tapi kalau dah tak sesuai dengan financial status sendiri itu dah jadik salah dude.
Sekarang ni kena sapu licin duit mak untuk bayar Toroa fees. Dah menyusahkan mak pulak. Duit tu dia nak guna beli rumah pulak tu. Haih. Nak pinjam sedara mara memang mintak maaf la. Nama je profesor la, pengarah hamendefirma la, hape la, tapi kedekut nak mampus. Memang betul, kalau kita susah dan memerlukan, takde sape pun nak pandang hatta sebelah mata sekalipun. Bila dah kaya semua nak ngaku sedara. Time tu aku akan tendang sorang-sorang sambil lemparkan kata-kata kesat. I long for that moment.
Sesiapa nak beli semua barang-barang lolita aku? Aku ada blouse Bodyline, JSK Baby n Bodyline, 2 pasang boots (hitam n putih), satu handmade JSK, bonnet Baby, beberapa altered offbrand JSK/OP, er... La sikit jugak barang lolita aku eh? Pelik.
2 comments:
Tim, kau buat la something yg bleh make money pastu guna duit tu utk kepuasan interest kau =) tapi, apekah something itu? -.-
ko kan sgt terer menjahit? ko wat r keychain fabrik yg sgt cantik pastuh leh jual kat org gune blog ko nih..bende tuh kalau nk wat gune modal brape je..kalu ko jual bole jual smpai 15 ringgit satu keychain tu..
Post a Comment