Friday, August 20, 2010

midnight randomization part deux

Aku tak berapa kisah kalau kau nak kacau aku pun. You could say I like it. Sebab aku rasa kau menarik. Dan aku suka orang-orang menarik. Orang normal sangat boring. Ya, aku label kau dan aku sebagai tak normal. Tapi itu patut jadi satu compliment. But I don't know. Some people get offended by this, tapi aku trust kau bukan jenis yang cepat offended.

By the way, yes, I love dance music. Been hearing it since I was 4. It's only natural. Sayangnya tak ramai orang di Malaysia tahu pasal dance music. Kalau ada yang tahu/suka tu pun daripada exposure lepas pergi ke kelab-kelab posh e.g. Zouk (kelab tak posh tak pasang dance music, diorang pasang lagu dangdut); suka sebab dance music mempercepatkan heartbeat dan mempercepatkan proses high. Bukan suka sebab dance music itu sendiri. Takpun exposure lepas lepak-lepak di Bukit Bintang dan berkawan dengan budak-budak shufflers yang menari mengikuti rentak hardstyle. Mereka cuma tahu itu hardstyle, dan letak di t-shirt masing-masing; mereka tak tahu itu ialah sub-style hard dance, dan "hardstyle" yang mereka gelarkan itu boleh jadi hard trance ataupun cuma bangin' techno. Lalu dengan knowledge yang sikit ini mereka cuba buat tracks sendiri; maka keluarlah lagu seperti Roti Keju yang sangat out of place.
Mereka yang menghayati dance music sangat sedikit, apatah lagi menghayati psychedelic trance. Epic Tribe sangat awesome, mereka ada soul Goa sebenar (sans LSD). But that doesn't mean all of the punters that attend their events have that true psychedelic spirit. Kalau orang berhenti associate dance music dengan clubbing dan dadah, dunia ini akan jadi lebih indah. Dan kalau industri muzik indie di Malaysia juga memaparkan artis dance music alongside the usual alt rock bands, dunia ini sudah tentu akan jadi lebih awesome.

Entry ini pelik sebab aku terbaca blog lama di Friendster yang ditulis masa umur 13, komen-komen pasal local dance music scene. Waktu aku umur 11 dulu, dance music di radio tempatan sangat awesome. Sekarang sudah mati. Terima kasih mainstream music kerana contribute serba sedikit ke arah itu.

Midnight randomization part deux kerana kalau kau perasan, entry ini ada kena-mengena dengan midnight randomization yang pertama, bab 'exposure' tu. Hint from the writing style of this entry. Mari layan Moguai yang tidak sama dengan Mogwai (aku baru perasan).


Alice yang bakal hadapi interview lagi sebelum cuti.

No comments: