Tuesday, January 18, 2011

nak study kat new zealand? edited version




A collection of infos I obtained from Southern Gathering. Many thanks to the seniors from AUSIS for giving us valuable infos and guidances :D


ETA: Mintak maaf, info yang diberi di sini banyak misleading, so aku yang dah tiba Dunny ni edit sikit2. Maybe silap time ambik nota, or kekeliruan masa bual2 dengan senior etc. Sekali lagi, mintak maaf sekiranya entry ini menimbulkan kekeliruan. Dengan ini saya mempersembahkan the edited version!


Part 1: Benda-benda kena beli/bawak

  • Sesiapa yang guna OS/ Microsoft Office yang tak ori, sila beli yang ori before fly untuk mengelakkan complications kot-kot dia check. Tak perlu pun, diorang tak cek. Tapi untuk meningkatkan keberkatan boleh je beli ori.
  • Bawak tudung, brooch, pakaian muslimah (blouse labuh ke, T-shirt panjang ke), handsocks, scarf, anak tudung Syria etc secukupnya dari Malaysia, buat bekalan. Kat sana susah nak dapat benda-benda macam ni, kalau ada pun mahal. <--- yang ni betul. Aku tak cukup tudung wuwuwu
  • Kalau nak, boleh bawak baju kurung 3-4 pasang kasi pakai dalam kelas bagi Mat Saleh jelly. Dan memandangkan kita konfem raya kat sana, bawak la baju raya barang sepasang dua, boleh bergambar masuk Salam Perantau kan.
  • For girls, pad beli banyak sikit kat sini. Unless korang nak pakai tampons kat sana (ade je pad kat sana, tapi tampons lagi berleluasa la. Pad kat sana tu kira taraf tampons kat sini la kot). Tak perlu beli banyak-banyak dari Malaysia, buat berat luggage aje. Sini ada jual pad, kat convenience store pun ada. Bawaklah sebungkus aje just in case.
  • Disebabkan kat sana selalu hujan renyai-renyai, adalah dinasihatkan supaya anda membeli sweater kalis air. Nak bawak payung no hal, tapi kalau taraf payung Malaysia ni tahan sehari je la coz kat sana angin kuat dan Insya-Allah payung anda akan diterbalikkan dek wind force. Kalau insist jugak nak guna payung, beli kat sana (mahal gel tapi tahan lama) or bawak payung pasar tani yang gedabak tu. Tipu sini payung mahal. Aku dapat kat Kmart $1 je. Dan angin takdela se-horror yang disangka, orang sini pakai je payung macam kat Malaysia.
  • Untuk mengelakkan episod mengidam makanan Malaysia yang sedap lagi menjilat jari, sila bawak serbuk kari, rempah-rempah, perencah siap, asam keeping, asam jawa, cili boh, kiub pati ayam etc. Tapi make sure diorang dipacking dalam packaging yang ada list ingredients, kalau tak kena buang.
  • Sesiapa yang ada medical conditions yang memerlukan korang makan ubat regularly (coughrhinitiscough), bawaklah bekalan ubat sebanyak yang boleh. Tapi for prescription drugs yang agak bahaya e.g. codeine kena dapat pengesahan bertulis something from your doc la (cakap je kat doc tu pandai-pandai la dia). Benda-benda OTC macam Panadol tak payah. Cetirizine pun tak payah, buat kena gelak je dengan doktor.
  • Beli kasut siap-siap kat Malaysia sebab kat sana tak best dan mahal. Better beli kasut bertutup, preferably sneakers yang mempunyai cengkaman yang awesome sebab kat sana jalan selalu ada frost so boleh senang-senang ice skating kalau pakai kasut tapak haus. Dude, tak perlu. Kasut sini MURAH KOT. Beli sini aje. Nak lagi murah beli kat thrift shop. Boots harga RM70 boleh senang2 dapat $10 kat sini.
  • Cakap pasal tak best, stationeries seperti kertas kajang, kertas A4, pen etc pun better beli siap-siap kat sini. Mereka sangat mementingkan environment tak macam kita so kertas kat sana ialah kertas recycle yang kuning dan tak best. Beli la barang 450 helai punya set tu, kang bawak banyak-banyak terlebih kg. Pengajaran yang paling berguna: JANGAN BAWAK KERTAS A4 BANYAK-BANYAK DARI MALAYSIA. Buat penuh luggage aje. Kertas sini sama je dengan macam kat Malaysia. Aku siap jumpa test pad Made in Malaysia kot.
  • Sila bawak extension dari sini. Dan jangan lupa beli universal adaptor. Adaptor boleh didapati di mana-mana kedai/mall aksesori komputer seperti Low Yat, Landmark IT Mall, Digital Mall dan IT floor di Plaza Alam Sentral semurah RM8 sebijik (yang spesifik untuk Aussie/ NZ punya, tapi takde surge protector) atau RM14 sebijik (for universal punya, ada surge protector). Tak payah beli yang mahal-mahal, yang tu lagi prone rosak. Lagipun kalau rosak yang murah tu korang boleh beli baru dengan harga 2 dollar je kat sana.
  • Bawak eye mo, losyen kulit, lip balm etc. <--- Boleh dapat kat sini
  • Sesiapa pakai spek sila buat spek extra sebab spek kat sana mahal gila babas.
  • Sesiapa yang gigi berlubang tak cabut-cabut macam aku pun sila cabut siap-siap sebab rawatan gigi kat sana mahal dan insurans tak cover. Insurans boleh cover, tak perlu risau. Bab cabut n tampal n wisdom tooth procedure boleh aje. Yang tak boleh kalau korang gedik-gedik buat cosmetic surgery tu je.
  • Bawaklah shower foam or syampu siap-siap dari sini (tapi takleh bawak banyak-banyak suka hati korang nanti tak lepas – sila cek nanti okeh). Kalau korang pakai pencuci muka Safi atau Shurah dan tak boleh pakai pencuci muka jenama lain pun boleh jugak beli bekalan siap-siap. Kat sana ada jenama international je la. Sini barang2 camtu murah, so tak payah bawak banyak-banyak. Kalau kat Malaysia St Ives mahal nak mampus, sini murah tahap gaban. Hair products jenama Schwarzkopf boleh dapat $4 je kot kat sini.
Sebagai kesimpulan, ingatlah rule of thumb ini: bawak benda yang korang rasa orang kat sini tak pakai je (e.g. barang muslimah, rempah ratus Malaysia). Tipu la orang sini tak pakai payung, kasut, shower foam, baju sejuk etc kan. Perlu juga diingat: JANGAN CONVERT CURRENCY!

7 comments:

kak Farah (senior masa SG) said...

Excellent!!!

p/s: selamat terbang ke NZ~~~

madi said...

best2,,sila sambung

Abbyshah said...

congrats tim !

anyway, part gigi sounds funny !

cornflower said...

hahaha lawak dowh bwk payung tuh...sile smbung ye tim...

fify manz said...

wah!!!smpay cmtu skali brg2 yg kne bwak...gler r..all da best kt sne...

Megat Shah said...

WE WANT MORE! haha

Hajar said...

Jangan convert currency:BEST ADVICE EVER! Kalau aku convert currency i'll probably starve to death, living under a bridge over the Brisbane river haha