Thursday, May 26, 2011

well, one can always try

Aku masuk pertandingan lagu puisi. How freaky is that?? I mean, okay I can always compose the songs via FL and stuffs, I have a reservoir of melodies on my head anyway, tapi nak tulis lirik dalam bentuk puisi? Dalam bahasa Melayu?? Like heck! Aku kalau bab bunga-bunga ni lemah sikit actually. Aku pun tak tau kenapa aku boleh ambil keputusan separa suicide dengan menerima tawaran Zariq untuk masuk benda lagu puisi bagai tu. Tangguh punya tangguh, sampai ke sudah aku tak siap lagi apa-apa.

Sampaila semalam. Dalam keadaan separa sedar lepas bangun dari tidur (hypnagogia maybe), aku tiba-tiba dapat ilham dalam bentuk random sets of words. So petang tu aku cuba tulis satu-satu, susun elok-elok. Cubaan pertama gila babas punya clichéd, ala-ala sajak aku tulis zaman Form 3 dulu ('jalan penuh duka, raungan kedengaran di mana-mana', stuffs like that). Tak tau la kalau ini pun boleh kira clichéd jugak, but oh well. Dah tak sempat, pertandingan tu Sabtu ni.


Seka Air Matamu
oleh Vryzzer

Sunyi
Walau bibir menguntum senyum tapi di jiwa tiada apa
Sunyi
Satu-satu menjadi debu, yang tinggal hanya rongga
Walau kau kata sinar itu ada, mengapa aku tak upaya
Hanya kelam yang aku rasa

Ini luahan si gadis sunti
Yang hatinya luluh dilanyak realiti
Katanya manusia itu hanya topengan
Mulia luaran disebalik kebinatangan
Rakus politikus menghenyak segala cita-cita
Cita untuk melihat hapusnya duka
Cita untuk mengecap indahnya cinta

Manusia itu apa?
Yang menoda tanah pusaka bangsa
Katanya tak apa, ini hak kita
Yang pengecut menikus tanpa bicara
Katanya tak apa, ini hal mereka
Biarkan sahaja, biarkan sahaja!

Manusia itu apa?
Yang obsesi merajai diri
Kata mereka, aku punya suka
Yang berkuasa mereka buta
Kata mereka, aku upaya
Biarkan sahaja, biarkan sahaja!

Lalu gadis sunti itu diam di situ
Bergenang matanya memandang sepi
Kukatakan padanya, seka air matamu
Kerna yakinlah, janji Tuhan itu pasti


If you're wondering, tema lagu puisi ini ialah kemanusiaan yang hilang. Ada la sikit2 pasal Palestin kot. Huaaaaaaaaaa maluuuuuu

Nanti lagu full aku upload kat Soundcloud.
Alice

2 comments:

Ammira said...

Love it..Well done for doing it in Malay :) I'm kinda lost at first, trying to figure out what you were trying to say, then when I looked down..Ohhh it's about that.hahaha..lol me Nice work woman!

Abbyshah said...

thumbs up!