Tuesday, December 8, 2009

part time job


JAWATAN: PEMBANTU DAPUR
GAJI: RM15 SEHARI
WAKTU KERJA: 6.30 am - 9.30 am + 10.00 pm - 1.00 am

Deskripsi Tugasan:
  • Menggoreng karipap kentang, karipap sardin, donat dan pau sambal
  • Memasukkan sambal ke dalam pau sambal
  • Menggulakan donat (letak gula kat donat...adish...)
  • Memasukkan kuih ke dalam bekas
  • Melayan jiran-jiran yang datang untuk membeli kuih di rumah
  • Menolong membuat karipap kentang
  • Menghantar kuih-kuih menggunakan basikal (tugasan sampingan)
  • Mengemas tempat kerja setelah selesai tugasan
  • Mengupas dan memotong kentang sebanyak 4kg
  • Membuang tahi dan tulang ikan bilis
  • Melipat kertas pembungkus nasi lemak
Kriteria yang Diperlukan:
  • Mampu bangun awal dan memulakan kerja pada pukul 6.30 pagi
  • Mempunyai skil menggoreng kuih dan skil mengagak bila masa sesuai untuk mengangkat kuih dari kuali gorengan
  • Sanggup berdiri di hadapan kuali yang panas selama 1-2 jam tanpa duduk
  • Mempunyai skil multitasking, contohnya goreng karipap sambil goreng ayam
  • Tahu cara-cara membuat karipap
  • Sanggup menerima tugasan di luar bidang kerja, seperti menggantikan penjual kuih di gerai kuih
  • Mempunyai personaliti menarik, dan mempunyai social skills yang baik untuk berurusan dengan jiran-jiran
  • Tidak takut kepada minyak panas. Mampu berlagak selamba apabila terkena minyak panas
  • Mampu melakukan kira-kira dengan pantas, tepat dan efisien
  • Berupaya membawa 5-6 bekas kuih menggunakan basikal dalam satu-satu masa
  • Mempunyai skil mengupas dan memotong kentang
  • Tidak geli memegang kentang yang sudah rosak/busuk
  • Mampu mengopek ikan bilis dalam tempoh kurang 1 jam
  • Sanggup bekerja lebih masa, melangkaui waktu tidur
  • Mampu menerima semua tugasan dengan hati yang terbuka
  • Bersikap optimistik dan sedia menerima semua tugasan bila-bila masa

Faedah yang Disediakan
  • Gaji yang tetap setiap hari
  • Boleh makan kuih-kuih yang tersedia
  • Makanan dan tempat tinggal disediakan
  • Sarapan nasi lemak ayam
  • Boleh sambung tidur lepas goreng kuih
  • Cuti setiap hari Ahad
  • Boleh jalan-jalan kalau cuti
  • Disayangi dan dikasihi setiap hari
  • Kebarangkalian untuk dimarahi adalah sedikit

this is why I love working with my mum...

4 comments:

haziqrazab said...

alhamdulillah.. sejuk perot mak ko ngandungkan ko dlu..

keep making ur mom proud !!

hey wanna sign up 4 tht job ! accomodation is provided rite ? =p

Maya Arielle said...

hahaha...accomodation is provided, but u'll have to sleep on da living room XP or worse, share a room with me. OMG!

haziqrazab said...

oh.. my.. GOD!!! =))

boxOFjuice said...

nyeeee nampak sedap gle kuih2 tu! @.@