Monday, November 22, 2010

cerekarama, feminism dan masochism

Raging feminism contents inside. Patah balik kalau cepat butthurt. You have been warned.

Semalam aku tengok telefilem Melayu, Masyitah. Tak berniat untuk tengok secara serius pun, tapi disebabkan aku sedang bosan tahap maksima masa potong kentang (nak baca buku tak boleh seba tengah potong kentang, so what do you expect), aku pun terpaksa la layan je. Lagipun channel lain takde cerita best. Kalau ikutkan, baik aku bawak laptop pergi ruang tamu, pasang Inception, pakat nganga sama adik-adik. But when you're doing potatoes there are things that you can't do makanya aku tengok ajelah drama tersebut. Itu pun tak tengok dari mula.

Dipendekkan cerita, Masyitah ni pasal seorang perempuan yang berhadapan dengan pergolakan rumah tangga akibat sikap mak mertua yang kuat menghasut. Si Masyitah ni ada anak yang autistic, jadi mak mertua dia yang loser tu guna alasan anak cacat tu untuk pisahkan dia dengan laki dia. Yang laki dia pun ikut aje cakap mak tanpa banyak soal. Tipikal la dalam keluarga Melayu. Mak mertua mesti menyampah gila dengan menantu perempuan dia, tuduh dia perempuan tak elok la, malas la, perampas anak orang la. Bila dapat cucu ada defect sikit, salahkan gene perempuan tu (padahal gene defect tu daripada anak dia yang merokok rantai 3 peket sehari). Bila tak dapat cucu pulak sekali lagi tuduh perempuan tu mandul la hape la (walaupun hakikatnya anak dia yang ada low sperm count sebab dah banyak 'bazirkan' masa muda-muda dulu!). Kalau anak dia dah mula tak dengar cakap dia, sekali lagi tuduh perempuan tu guna ilmu hitam la, guna-guna la, minyak dagu bayi la. Lepas tu pakat dapat sokongan padu daripada saudara-mara kasi pulau sama itu perempuan. Sampailah ke tua perempuan tu kena pulau. Ini bukan exaggeration, hal ini memang terjadi dalam masyarakat Melayu (even dalam keluarga aku sendiri - tapi version lain sikit la).

Disebabkan dah selalu sangat terjadi dalam masyarakat kita, penerbit-penerbit telefilem pun gunalah jalan cerita tersebut untuk buat telefilem. Basic storyline dah ada, cuma perlu ubah sikit-sikit aje, takut orang tuduh plagiat pulak kan. Lepas tu menang Anugerah Skrin. Honestly speaking, berapa banyak telefilem dah aku tengok cerita pasal perempuan yang dipulaukan keluarga suami or bergaduh dengan mak mertua. Itu baru yang aku tengok, belum yang aku tak tengok. Yang kelakarnya, semua cerita tersebut mesti memaparkan "ketabahan seorang wanita menjalani liku-liku kehidupan berumahtangga, yang akhirnya menemui kebahagiaan berkat kesabarannya", dan "kebahagiaan" tu biasanya bermaksud laki dia pulang ke pangkuan dia, dan mak mertua dia dapat terima dia. Macam Masyitah la, last2 laki dia lumpuh dan insaf lalu kembali semula kat dia, dan diakhiri dengan scene Masyitah menangis teresak-esak (meminta ampun perhaps) dan memeluk laki dia.

My question is: kenapa setiap kali buat cerita macam tu mesti paparkan perempuan sebagai seorang yang lemah dan tak buat apa-apa selain bersabar? Good thing jugak cerita semalam tu portray Masyitah sebagai wanita berkerjaya, kalau dia tu seorang ibu technically tunggal (kira gantung tak bertali la) yang terpaksa jual kuih demi menyara anak yang cacat (like the others) lagi la aku mengamuk sakan. Memang betul, sabar itu bagus, sabar separuh daripada iman, tapi kalau bersabar aje tak buat apa-apa kau ingat everything will be fine dalam sekelip mata?

Come on, let's face it, real life bukan macam kat dalam drama. Kau tak boleh expect laki kau yang kaki perempuan tu tiba-tiba insaf dan kembali ke pangkuan kau dalam sekelip mata. Kau tak boleh expect mak mertua kau yang kepala batu dan hati keras tu tiba-tiba boleh terima kau. Oh, by the way, kenapa mesti expect diorang insaf dan terima kau at the first place? Kenapa mesti bergantung pada diorang jugak? Tak boleh ke tinggalkan diorang terus, tak payah nak sakit-sakit hati? Tak boleh hidup tanpa laki? Sebelum kahwin boleh aje hidup. Tak elok putuskan silaturahim? Siapa yang mula-mula putuskan sebenarnya?

Perempuan ada hak, gunakanlah hak tu. Kalau dah terang-terang sangat diorang dah benci, buat apa menghegeh lagi kat diorang? Buang masa dan tenaga. They will manipulate you for their own satisfaction. Kau diam membisu, dia suruh sain agreement tukar hak milik tanah. Kau tak melawan, dia bawak perempuan lain masuk rumah. Kalau dah obvious sangat dia tak tunaikan tanggungjawab sebagai suami, mintaklah fasakh. Pergi jumpa peguam syariah. Kenapa masih jadi perempuan submissive yang ikut saja cakap laki walaupun boleh memudaratkan diri?

Itulah masalah masyarakat kita. Perempuan kena patuh, taat, ikut sahaja cakap orang jangan banyak soal. Kena bergantung kepada lelaki, kalau tak takleh hidup. Kalau laki buat hal, sabar...sabar... dia lelaki jadi dia ada hak nak buat apa-apa. memang betul, dalam Islam lelaki ialah pemimpin kaum wanita. Isteri kena taat perintah suami, kalau tak dikira nusyuz. Tapi hal ini tak boleh apply lagi kalau laki tu sendiri tak jalankan tanggungjawab dia. Apa ingat perempuan aje boleh nusyuz, lelaki pun boleh dikira nusyuz okeh. Tak caya pergi Google. Islam bukan agama yang zalim. When it comes to marital problems, seorang perempuan ada banyak options untuk bebaskan dirinya. Janganlah biarkan diri jadi punchbag - ada jalan keluar, gunakan sebaik-baiknya.

Dalam kes mak mertua kurang hajar pulak (macam nenek aku), buat apa memperbodohkan diri. Tunjuk la garang sikit! Dalam hidup ni kalau kita berterusan tunjuk diri lemah lembut dan submissive, orang senang take advantage. Dia tak terima, ok fine. Dia punya pasal. Dia dah tua, demented agaknya, don't bother about her anymore. Kalau ambik hati dia pun buang karan je kan, so baik tak payah. Lari jauh-jauh, putuskan contact. Selagi dia boleh kejar kau, selagi tu dia akan kejar dan kacau hidup kau, mintak harta la ape la (macam nenek aku). Sebab tu kalau boleh cariklah bakal laki yang yatim piatu, senang sikit hidup tak payah layan mak mertua yang banyak hal. Please la, be firm, forget about lemah lembut whatsoever. This is about your rights. Dalam soal hak kita tak boleh lemah lembut.

Aku dah lama sebenarnya nak tulis pasal ni, tapi pendam-pendam makanya jadik panjang macam ni. Perempuan-perempuan zaman sekarang, please stop being so submissive tanpa banyak soal. Dan satu lagi, tolonglah bersedia awal-awal sebelum kahwin, jangan main kahwin aje. Khatamkan buku undang-undang keluarga Islam dulu. Be wary of your future husband (before kahwin memang la setia gila, cuba kalau dah kahwin nanti...hancus). Kalau future husband suruh berhenti kerja, cakap dengan dia "Aku study 11 tahun kat sekolah, tambah setahun setengah buat AUSMAT yang menggila, lepas tu study lagi 4 tahun nak dapat degree kau boleh senang-senang suruh aku berhenti kerjaaa???? Pergi mampus!!!" sambil ugut nak clash kalau dia mention lagi pasal tu.


Fight for your rights
Alice

3 comments:

Bie Cimbelang :) said...

agree.., but kdg2 ade pompuan tu ntah la, dilahirkan lemah kot? aku pon nek geram tgk. diorg x tau erti sebenar bahagia. duk terikat ngan dulu2 je. c'mon,..zaman da moden.. if u dont like it, leave it kan. ni nk tahan2 pastu nangis2. whatde. hapuskan cerekarama! hahaha


p/s: tapi smoga x terjadi kat aku yg sgala mak nenek pasal mertua n huby yg mcm lembu kena cucuk idong neh. aminnn

awe said...

Aku study 11 tahun kat sekolah, tambah setahun setengah buat AUSMAT yang menggila, lepas tu study lagi 4 tahun nak dapat degree kau boleh senang-senang suruh aku berhenti kerjaaa???? Pergi mampus!

aku suke yang ni. hahahahahhaha
like2!!!

syira said...

Aku study 11 tahun kat sekolah, tambah setahun setengah buat AUSMAT yang menggila,(pastu dapat ter 99.35 yg sgt awesome) lepas tu study lagi 4 tahun nak dapat degree kau boleh senang-senang suruh aku berhenti kerjaaa???? Pergi mampus!

hahah aku tamabh sikit.ish best post ni.share kang hahaha

good one